Lihatlah dirumput-rumput.
Lihatlah dinyamuk-nyamuk
Lihatlah dibiru laut
Lihatlah dihijau belukar.
Lihatlah diakrab semut.
Lihatlah difitrahmu itu
Difitrah malaikat-malaikat.
Difitrah makhluk-makhluk yang ada.
Bacalah kitab-kitab.
Salami ayat demi ayat.
Kerna apa yang tersurat
Yang terlihat
Ada makna yang tersirat
Ada maklumat-maklumat.
Ada nasihat-nasihat.
Ditanganmu punya kuasa.
Dikaki mereka hanya fitrah semata.
Janganlah baca dan lihat sahaja.
Kerna akalmu sangat berguna.
Dapat menjana segala rahsia.
Di alam yang fana.
Pada islam yang benar.






0 comments:
Post a Comment