hakikat diri berTuhan.
tiada mungkin lari dari ketentuan.
tiada mungkin bisa menjanjikan kebahagiaan.
tiada mungkin dapat merajai masa hadapan.
doa dipanjat memohon pedoman.
meminta kekuatan.
mengharapkan kasihan.
agar diri tidak hanyut dipukul gelombang.
agar dia kekal sehati sehaluan.
teguh cinta kerana DIA.
punah cinta kerana dunia.
Cintaku
Perkara Akal
CinTa HaTie
cinta yang cantiknya di mata.
akhirnya pasti pudar jua.
cinta yang manisnya dibibir.
akhirnya kelat kan menjelma.
cinta yang wanginya di rongga.
akhirnya suram tak bermaya.
cinta seharusnya indah di hati.
sentiasa berputik pada setiap pagi.
mekar di kala malam menyepi.
Umpama Mimpi dalam Mimpi
Cinta Itu Luas Definisinya.
Ia Tentang Hati Yang Sejiwa.
Ia Tentang Kehidupan Berdua.
Harapan Untuk Berkekalan Selamanya.
Itulah Impian Setiap Yang Bercinta.
Begitu Asyiknya.....
Umpama Mimpi dalam Mimpi..
HidUp YanG BerERTi..
Hidup ini sangat bererti.
Bagi yang mengerti.
Erti kehidupan abadi.
Jangan enkau akhiri.
Kehidupan sementara ini.
dengan kejahilan diri.
Kelak akan kau sesali.
Sebuah kehidupan yang tidak bereri.
Di padang abadi.
Dimana sebuah penyesalan.
Tiada berguna lagi.
Jumaat-26-12-2008-KLCC. (terlengkap sudah....)
Kelahiranmu Kekasih Hatiku
Dalam hayat yang terhad,
kelahiran penuh syariat,
fitrah keinsanaan butuhkan berhat.
gadis desa di hulu terengganu,
peribadimu diukir seindah rupamu,
hati nalurimu disemat cinta kalbu,
menerbit getar di hati terunaku,
malam-malamku diulit mimpi saban waktu.
gemersik suara alunan bibirmu,
manja mempersona pndangan matamu,
gemelai angin diolah gebu pipimu.
dengarlah bisikan syahduku,
dari dasar hati perindu,
saksinya cuma Allah,
dengan doa sebagai sandaran barakah.
dari tarikh kelahiranmu,
ku sematkan impianku,
dari hari kelaahiranmu,
aku mula menjadi perindu,
dari hati pertemuan itu,
doa telah ku usung di bahu jantanku,
aku hanya akan mencintaimu,
dengan apa cara mampuku.
Sengsara Dunia
kesihatan yang dipinjamkan.
akan dituntut, boleh diragut.
diberi kesakitan dan kesengsaraan.
seketika sebagai penyaksian.
daripadaNYA yang Maha Berkuasa.
untuk menyedarkan ummat manusia.
agar tidak lupa alfa.
akan Dia di sana.
akan ESANya Dia.
tentang segala yang ada.
bakal dibinasa.
kesakitan yang diberi.
untuk renungan diri.
bukan untuk menyakiti.
ia sebagai pedoman.
buat yang mahu berfikir.
tentang Dia.
tentang dunia.
tentang binasa.
tentang manusia.
tentang segala yang ada.
SeSuaTu YanG TerLihaT
Lihatlah dirumput-rumput.
Lihatlah dinyamuk-nyamuk
Lihatlah dibiru laut
Lihatlah dihijau belukar.
Lihatlah diakrab semut.
Lihatlah difitrahmu itu
Difitrah malaikat-malaikat.
Difitrah makhluk-makhluk yang ada.
Bacalah kitab-kitab.
Salami ayat demi ayat.
Kerna apa yang tersurat
Yang terlihat
Ada makna yang tersirat
Ada maklumat-maklumat.
Ada nasihat-nasihat.
Ditanganmu punya kuasa.
Dikaki mereka hanya fitrah semata.
Janganlah baca dan lihat sahaja.
Kerna akalmu sangat berguna.
Dapat menjana segala rahsia.
Di alam yang fana.
Pada islam yang benar.
ThE FiRsT WorD's
DuNia Ini IndaH..KerNa Ia DiciPta OleH YaNg Maha IndaH...SeLauTaN TiNta taK Bisa MenGaRang Ke HujUng NokTaH iLmu.....PiKir2 N ReNung2kan Yer..:)





